10 Oktober 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah meneruskan jelajah borneo di Sabah pada hari kedua ke Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu (MKAKK).
Ketibaan Dato Lukanisman di sambut oleh Dr. Anisah Binti Jantim, Pengarah MAKKK dan diberikan taklimat ringkas mengenai perkhidmatan di MAKKK.
MKAKK merupakan makmal regional yang menawarkan perkhidmatan merangkumi Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan.
MKAKK bertanggungjawab di dalam aspek perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian aktiviti-aktivitinya untuk memastikan perkhidmatan makmal dalam analisis wabak penyakit berjangkit, survelan penyakit berjangkit, survelan penyakit tidak berjangkit, keselamatan makanan dan kawalan kualiti makanan, program kawalan kualiti ujian makmal dapat memberi manfaat kepada kesihatan awam.
Dato Lukanisman telah melawat sekitar MAKKK dan meninjau kemudahan yang disediakan di pejabat am MAKKK, makmal pencemaran industri, makmal TB, makmal molekular (virologi), makmal farmaseutikal, makmal penyakit tidak berjankit dan seksyen makanan MAK serta Dato lukanisman mengambil kesempatan untuk menyantuni kakitangan-kakitangan yang berkhidmat di MAKKK.
Turut hadir bersama ialah YBhg. Datuk Dr. Asits bin Sanna, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, YBrs. Dr. Maria Suleiman, Timbalan Penagarah Kesihatan Negeri Sabah dan Dr. Rohani binti Ismail, Ketua Bahagian Penyakit, Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK).
Kemaskini pada 2024-10-14 16:25:48 daripada UKK Norhanita