MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN JELAJAH BORNEO YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN LIKAS.

10 Oktober 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah meneruskan jelajah borneo di Sabah pada hari kedua ke lokasi ke 3, iaitu Klinik Kesihatan Likas.

Ketibaan Dato Lukanisman di sambut oleh Dr. Harriet Ray Awah, Pegawai Perubatan yang menguasa Klinik Kesihatan Likas dan diberikan sesi taklimat yang ringkas mengenai perkhidmatan kesihatan di Klinik Kesihatan Likas sebelum di bawa melawat sekitar klinik kesihatan sambil menyantuni kakitangan klinik tersebut.

Klinik Kesihatan Likas memberi perkhidmatan kesihatan kepada seramai 84,000 populasi penduduk sekitar orang dengan purata harian kedatangan pesakit ke klinik Kesihatan Likas adalah seramai 160 hingga 180 orang sehari.

Antara perkhidmatan Kesihatan yang disediakan di Klinik Kesihatan Likas adalah rawatan pesakit luar, kesihatan ibu dan anak (MCH), perkhidmatan farmasi, perkhidmatan makmal, rehabilitasi, Unit psikologi, Unit Diatetik & Sains Pemakanan dan perkhidmatan Pergigian.

Seterusnya YB Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan ke Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu, Sabah.

Beliau telah diberikan sesi taklimat oleh Dr. Noraziah binti Bakri, Pegawai Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu mengenai perkembangan Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu serta sesi soal jawab antara Dato Lukanisman bersama warga Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu mula beroperasi sejak tahun 1957. Antara fasiliti-fasiliti Kesihatan di bawah seliaan Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu adalah 7 Klinik Kesihatan, 5 Klinik Desa, 3 Klinik Komuniti dan 1 Klinik Kesihatan Ibu dan Anak.

Dato Lukanisman melawat sekitar Pejabat Kesihatan Kawasan dan meninjau kemudahan yang disediakan di pejabat kesihatan tersebut.

Turut hadir YBhg. Datuk Seri Haji Rosli bin Isa, Setiausaha Persekutuan Sabah, YBhg. Datuk Dr. Asits bin Sanna, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah dan YBrs. Dr. Maria Suleiman, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-10-14 21:36:56 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page