MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN JELAJAH BORNEO YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK SIPITANG (KKIA)

11 Oktober 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan memulakan jelajah borneo di Sabah pada hari ketiga ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Sipitang (KKIA).

Kedatangan YB Dato Lukanisman telah disambut oleh Dr. Nielson Richard Seling, Pegawai Kesihatan Beaufort bersama Dr. Farah Aini binti Halban, Pegawai Perubatan yang menyelia KKIA Beaufort dan turut memberikan taklimat kepada YB Dato Lukanisman mengenai perkembangan semasa KKIA.

KKIA mula beroperasi pada tahun 1971 dan mampu menampung purata kedatangan harian antara 50 hingga 100 orang pesakit.

YB Dato Lukanisman turut dibawa melawat sekitar KKIA dan juga Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sipitang yang bersebelahan dengan bangunan KKIA serta beramah mesra bersama warga kerja KKIA dan petugas di PKD Sipitang di daerah Mesapol.

Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Asits bin Sanna, Pengarah JKN Sabah, YBhg. Datin Paduka Roslinah binti Md Jani, Setiausaha Kanan Bahagian Pembangunan KKM, YBrs. Dr. Maria Suleiman, Timbalan Pengarah JKN Sabah, Puan Jasnawati binti Jasmin, Timbalan Pengarah Pengurusan JKN Sabah Puan Liau siow yen, Timbalan Pengarah Farmasi JKN Sabah dan Dr. Thaddius Herman Maling, Timbalan Pengarah pergigian, JKN Sabah.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-10-14 21:47:40 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page