MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN JELAJAH BORNEO YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL BEAUFORT

11 Oktober 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan ke Hospital Beaufort selepas selesai menunaikan solat jumaat di Masjid Daerah Sipitang.

Ketibaan Dato Lukanisman disambut mesra oleh YBrs. Dr. Sutharsan a/l Kannan, Pengarah Hospital Beaufort bersama warga Hospital Beaufort. Dato Lukanisman turut menyertai sesi bergambar sebelum diberikan taklimat ringkas oleh Pengarah hospital mengenai perkembangan terkini Hospital Beaufort.

Hospital Beaufort merupakan Hospital Pakar Minor dengan menawarkan tiga jenis kategori perkhidmatan iaitu perkhidmatan klinikal, perkhidmatan sokongan klinikal dan perkhidmatan pengurusan hospital termasuk tiga perkhidmatan baru iaitu perkhidmatan Radiologi, Neonatal Intensive Care Unit (NICU), dan perkhidmatan Obstetrics & Gynaecology (O&G).

Antara tempat yang dilawati oleh YB Dato Lukanisman adalah Unit Hemodialisis, Wad Lelaki, Wad perempuan, Unit Radiologi, Jabatan Kecemasan dan Jabatan pesakit luar.

Turut hadir, YB Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching, Ahli Parlimen Beaufort, YBhg. Datin Paduka Roslinah binti Md Jani, Setiausaha Kanan, Bahagian Pembangunan KKM dan YBhg. Datuk Dr. Asits bin Sanna, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah.

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-10-14 22:11:17 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page