11 Oktober 2024- Sesi berkenaan telah dihadiri oleh hampir 600 warga KKM dari seluruh negara yang hadir secara fizikal dan juga dalam talian. Kehadiran warga KKM dalam sesi town hall ini menunjukkan sokongan dan komitmen terhadap inisiatif transformasi sistem kesihatan negara.
Tujuan utama sesi town hall ini adalah bagi memberi penerangan kepada warga KKM tentang inisiatif Rakan KKM dan mendapatkan pandangan balas mengenainya pelaksanaannya.
Inisiatif Rakan KKM adalah antara strategi awal dalam transformasi sistem kesihatan yang bertujuan untuk menambah baik dan mengoptimumkan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan. Apabila beroperasi nanti, ia akan menjamin prinsip solidariti dan ekuiti dalam sistem kesihatan negara.
Turut hadir YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dato' Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Puan Norhaliza binti A Halim, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi), YBrs. Dr. Yap Wei Aun, Ketua Pegawai Eksekutif, Health Transformation Office (HTO) dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kemaskini pada 2024-10-14 23:01:13 daripada UKK Norhanita