MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

ISTIADAT KONVOKESYEN INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (ILKKM) TAHUN 2024 ZON SABAH

12 Oktober 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Tahun 2024 Zon Sabah yang berlangsung di Dewan Besar IPGM Kampus Gaya, Sabah.

Selaras dengan tema konvokesyen pada tahun ini iaitu “Graduan ILKKM Pemangkin Kelestarian Kesihatan MADANI”, Dato Lukanisman menyeru agar graduan ILKKM berkhidmat dengan berteraskan nilai integriti dan profesinalisme dalam memastikan kesihatan rakyat Malaysia terjamin.

Seramai 699 graduan dari ILKKM Zon Sabah dari pelbagai program diraikan dalam istiadat ini yang merupakan antara salah satu daripada siri konvokesyen terbesar dalam sejarah KKM melibatkan 5,253 graduan dari seluruh negara.

Pada tahun 2024, penyertaan ILKKM telah melonjak tiga kali ganda kepada 3.4 juta permohonan dengan 32% datang daripada anak-anak Sabah. Ini jelas menunjukkan peningkatan minat belia Sabah terhadap kerjaya dalam bidang kesihatan.

Turut hadir YBrs. Puan Emilia Rosnizar binti Ahmad Hanipiah, Setiausaha Bahagian (Pengurusan Latihan), YBrs. Encik Ram Singh a/l Hari Singh, Timbalan Setiausaha Bahagian (Institusi Latihan), YBrs. Encik Azlan bin Ahmad, Timbalan Setiausaha Bahagian (Operasi Latihan) dan YBrs. Puan Hadzrul Hani binti Masbop, Timbalan Setiausaha Bahagian (Dasar Latihan).

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-10-14 23:08:34 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page