MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN BERSAMA PEMBANGUNAN KESIHATAN SABAH BIL. 1/2024

12 Oktober 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan bersama YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri II Sabah telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Kesihatan Sabah Bil. 1/2024.

Mesyuarat yang julung kali diadakan bersama Kerajaan Sabah telah membincangkan isu-isu kesihatan Sabah selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

KKM komited untuk menyelesaikan isu-isu berkenaan dengan baik, selaras dengan semangat Malaysia Madani.

Turut hadir YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam); YBrs. Puan Norhaliza binti A Halim, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi) dan YBrs. Dr. Noormi binti Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Pergigian).

Bagi pihak Kerajaan Sabah, YBhg. Datuk Brennon Keith Soh, Peguam Besar Kerajaan Sabah; YBhg. Datuk Dr. Jamili Nais, Setiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah dan YBhg. Datuk Maria Chong, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah telah menghadiri mesyuarat berkenaan.

image image image image

Kemaskini pada 2024-10-14 23:14:35 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page