MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PERASMIAN PERSIDANGAN KESELAMATAN MAKANAN KEBANGSAAN 2024 ATAU NATIONAL FOOD SAFETY CONFERENCE (NFSC) 2024 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA.

14 Oktober 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan perasmian Persidangan Keselamatan Makanan Kebangsaan 2024 atau National Food Safety Conference (NFSC) 2024 di Hotel The Everly, Putrajaya.

International Food Safety Training Centre (IFSTC) melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Persatuan Keselamatan Makanan Malaysia (MAFSA) buat julung kalinya telah menganjurkan Persidangan bertaraf antarabangsa yang bertemakan "Food Safety is Everyone’s Businesses ini" telah berjaya menghimpunkan lebih 500 peserta yang terdiri daripada pihak industri, organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, akademia serta pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta. NFSC 2024 pada kali ini menjanjikan perkongsian amalan keselamatan makanan terbaik melalui perkongsian pelaksanaan dasar, perbincangan berinformasi tinggi, penyelesaian inovatif dan kerjasama berimpak tinggi oleh pembentang-pembentang tempatan dan antarabangsa.

Dalam ucapan perasmian, YB Menteri Kesihatan telah menyeru semua persatuan, syarikat serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk bersama-sama memfokuskan kepada kesiapsiagaan semua pihak yang terlibat di sepanjang rantaian makanan dalam menghadapi sebarang perkara luar jangka yang boleh mengganggu dan menjejaskan keselamatan makanan negara bertepatan dengan tema Hari Keselamatan Makanan Sedunia tahun 2024 iaitu ‘Food Safety: Prepare for the Unexpected’. Selain daripada keselamatan, kualiti makanan juga perlu dijaga jika mahu memastikan rakyat Malaysia daripada bukan sahaja penyakit berjangkit (ID), namun juga penyakit tidak berjangkit (NCD) dan malnutrisi.

Bersempena persidangan ini juga, satu sesi penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Anugerah Medan Selera Bersih dan Selamat Peringkat Kebangsaan 2023/2024 telah diadakan sejak tahun 2014 bagi mengiktiraf dan menghargai inisiatif dan usaha keras pengusaha makanan di medan selera yang sentiasa komited menjaga kebersihan premis demi memastikan makanan yang disediakan dan dijual adalah selamat.

KKM melalui PKKM akan terus menerajui dan memperkukuhkan kawalan keselamatan makanan negara bersama semua pihak yang berkepentingan bagi memastikan rakyat Malaysia terus dapat menikmati makanan yang selamat dan berkualiti. KKM juga akan terus menganjurkan pelbagai program berimpak tinggi bagi memastikan kelestarian pengetahuan dan kesedaran berkaitan keselamatan makanan kepada semua pihak yang berkepentingan.

Turut hadir YBhg. Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha, KKM dan YBrs. Ts. Norrani bt Eksan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) KKM.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2024-10-15 09:30:10 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page