14 Oktober 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah hadir ke Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Bilangan 2 Tahun 2024 yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Mesyuarat telah membincangkan beberapa isu penting.
Kesihatan adalah keperluan asasi, dan inflasi kesihatan yang melangkaui 12% setahun beberapa tahun terdekat ini perlu ditangani dengan tuntas.
Secara umumnya juga, penambahbaikan sistem bantuan kewangan, peningkatan peluang pekerjaan, dan pengawalan harga barangan keperluan asas juga adalah beberapa langkah perlu yang turut dibincangkan.
Kesaksamaan dalam menikmati akses kepada perkhidmatan kesihatan adalah keutamaan KKM.
Kemaskini pada 2024-10-15 09:47:44 daripada UKK Norhanita