MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS PELANCARAN CIK ERA CHATBOT MELALUI LAMAN SESAWANG JOMQUIT DI PRINCE COURT MEDICAL CENTRE, KUALA LUMPUR.

15 Oktober 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Cik Era ChatBot Melalui Laman Sesawang JomQuit di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.

Majlis pelancaran ini merupakan hasil kerjasama antara badan profesional, badan bukan kerajaan dan sektor swasta, dalam memastikan masalah merokok dapat dibendung, selaras dengan kuatkuasanya Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) bersama peraturan dan perintah di bawahnya pada 1 Oktober 2024 yang lalu.

KKM telah melaksanakan jalinan kerjasama awam-swasta melibatkan fasiliti kesihatan di bawah KKM dan fasiliti swasta bagi memperluas capaian perkhidmatan berhenti merokok sejak tahun 2015.

Bermula tahun 2020, melalui Memorandum Persefahaman Perkhidmatan Rawatan Berhenti Merokok “mQuit Services” Fasa ke-3, perkhidmatan ini diperbaharui dengan pembangunan laman sesawang jomquit.com dan inisiatif sukarelawan oleh Rakan Nasihat Komuniti PEMADAM yang memberikan khidmat nasihat secara dalam talian.

Selaras dengan perkembangan teknologi terkini, perkhidmatan ini ditambah baik secara digital dengan memperkenalkan Cik Era Chatbot yang berupaya memberikan khidmat nasihat kepada pada perokok dan pengguna vape yang ingin berhenti merokok setiap hari selama 24 jam, sebelum disalurkan kepada pengendali perkhidmatan berhenti merokok yang terlatih.

Dalam usaha mengukuhkan perkhidmatan berhenti merokok di negara ini, perancangan yang rapi sedang disusun untuk melaksanakan inisiatif seperti penggunaan teknologi kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) dan telekonsultasi (teleconsultation), selain aktiviti pendidikan serta advokasi pencegahan merokok yang berterusan kepada masyarakat.

KKM menyeru agar semua pihak dapat memberikan sokongan terhadap semua usaha kerajaan bagi memastikan kesihatan rakyat terpelihara, selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas tanpa sebarang bentuk amalan merokok menjelang 2040.

Turut hadir YBhg Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Ms. Erica Lam, Regional Chief Executive Officer (Central) , IHH Health Care Malaysia, YBrs Dr Shuba Srinivasan, Chief Executive Officer, Prince Court Medical Centre, YBrs Dr Kuljit Singh, Medical Director of Prince Court Medical Centre, YBrs Associate Professor Dr Muralitharan Munisamy, Managing Director of National Cancer Society Malaysia (NCS.), YBhg Datuk Haji Omar bin Haji Osman, Naib Yang Dipertua Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dan YBrs Encik Stephen Tiu, Pengurus Besar Kenvue Malaysia.

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-10-17 09:48:19 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page