16 Oktober 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah membuat serahan simbolik buku Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan kepada JawatanKuasa Pilihan Khas Parlimen (Kesihatan) yang dikepalai pengerusinya, YB Suhaizan Kayat.
Pelan strategik ini akan membolehkan kerajaan mengatasi masalah susut dan bantut akibat beban berganda malpemakanan dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. Pelan ini juga berkesinambungan dengan Pelan Pengukuhan 1,000 Hari Pertama Kehidupan Kanak-Kanak.
KKM akan memberikan kerjasama kepada semua pemegang taruh yang lain seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM (KPWKM), Kementerian Perpaduan Negara dan lain-lain untuk menoktahkan fenomena susut dan bantut akibat malpemakanan secepat mungkin.
Kemaskini pada 2024-10-17 09:54:08 daripada UKK Norhanita