MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN PERSIDANGAN PENGURUSAN BENCANA SEMPENA BULAN KESIAPSIAGAAN NASIONAL 2024 PERINGKAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) DAN LIMA (5) GARIS PANDUAN BAHARU.

16 Oktober 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan perasmian Persidangan Pengurusan Bencana Sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2024 Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lima (5) Garis Panduan baharu di Kuala Lumpur.

Tema persidangan tahun ini adalah "Ketahanan Sistem Kesihatan Semasa Bencana” atau "Health System Resilience in Disaster' yang amat bertepatan dengan situasi semasa di mana perubahan iklim dan ancaman kesihatan global yang menguji ketahanan sistem kesihatan negara.

KKM sentiasa mengambil langkah proaktif dalam mempertingkatkan keupayaan pengurusan bencana melalui pelbagai inisiatif seperti pengukuhan kesiapsiagaan dan respons Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC), pemantapan Pasukan Perubatan Kecemasan atau Emergency Medical Team (EMT), memperkukuhkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan sama ada di dalam atau luar negara.

Selain itu, KKM juga menggalakkan penglibatan aktif komuniti dalam pengurusan bencana.

Lima (5) garis panduan baharu yang telah dilancarkan merangkumi Pelan Pengurusan Bencana Peringkat KKM 2024, Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Standard Operating Procedure 2024, Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and explosives (CBRNe) Management Guidelines 2024, Guidelines for Rapid Assessment Team (RAT) and Rapid Response Team (RRT) 2024 dan Guidelines of Human Resource Mobilization During Public Health Emergencies 2024.

Inisiatif penghasilan semua garis panduan ini telah bermula sejak tahun 2019 dari pelbagai pihak bagi memastikan KKM mempunyai sistem pengurusan bencana yang komprehensif.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBhg. Datuk KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

image image image image

 


Kemaskini pada 2024-10-17 10:17:03 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page