18 Oktober 2024- YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyempurnakan Majlis Perasmian 6th Global Wound Conference 2024 anjuran Malaysian Society of Wound Care Professionals di Sunway Pyramid Convention Centre.
Dengan slogan “Global Wounds and The Dial of Healing”, persidangan tahunan ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan memperkenalkan peralatan dan kelengkapan penjagaan luka yang moden dan terbaharu di pasaran dalam kalangan anggota kesihatan di Malaysia. Lebih 1000 delegasi, 67 penceramah dan 76 syarikat pempamer yang hadir mengikuti persidangan kali ini secara fizikal dan maya yang terdiri daripada pelbagai agensi dalam dan luar negara.
Persidangan ini juga turut menyaksikan pelancaran buku dan journal edisi ke-7 berjudul “The Compendium of Wound Care Dressings & Other Modalities in Malaysia”.
Turut hadir YBhg. Prof Dato’ Dr Harikrishna K.r. Nair, Pengerusi Penganjur Persidangan 6th Global Wound Conference 2024 dan YBrs. Dr Hjh Shahrum binti Ismail, Timbalan Pengarah (Perubatan) Hospital Kuala Lumpur.
Kemaskini pada 2024-10-21 10:46:00 daripada UKK Norhanita