MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PROGRAM SEJAHTERA FUN RUN DAN FUN WALK SEMPENA JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA & PROGRAM MADANI AFIAT PERINGKAT PAHANG.

19 Oktober 2024 - Program Sejahtera Fun Run dan Fun Walk sempena Jelajah Agenda Nasional Malaysia & Program Madani Afiat Peringkat Pahang.

Program Sejahtera Fun Run dan Fun Walk diadakan sebagai sebahagian daripada pengisian Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS), inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Program ini bertujuan merealisasikan aspirasi kerajaan untuk membudayakan gaya hidup sihat melalui pendekatan “whole of nation.”

Acara ini dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan di Dataran Majlis Perbandaran Pekan. Bermula seawal jam 7.40 pagi, ia dimulakan dengan sesi pemanasan badan, diikuti pelepasan 727 peserta Fun Run yang menempuh jarak 5 km di sekitar bandar Pekan.

Lebih 2,000 peserta menyertai Sejahtera Fun Walk sejauh 1.8 km YB Menteri Kesihatan. Turut serta ialah peserta dari Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), sukarelawan MyCHAMPION Pahang, warga emas, masyarakat Orang Asli, pelajar sekolah, serta agensi kerajaan dan swasta. Pelepasan bermula dari Dataran Perbandaran Pekan, melalui Jalan Sultan Abu Bakar, dan kembali ke Dataran Majlis Perbandaran.

Program ini juga membawa mesej kesihatan melalui Amalan 10B bagi menangani tekanan, yang dipaparkan di setiap check point laluan. Selain meningkatkan kecergasan, aktiviti ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan komuniti, menuju ke arah kesejahteraan fizikal dan mental masyarakat.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image image

 


Kemaskini pada 2024-10-21 11:07:08 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page