MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN RUMAH MADANI AFIAT BERSAMA MENTERI KESIHATAN DI PEKAN, PAHANG.

19 Oktober 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, telah menyertai Program Lawatan Rumah ke Rumah Madani Afiat di Kampung Pematang Pauh dan Kampung Parit Tengan, Pekan, Pahang.

Beliau diiringi oleh YBhg Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBhg. Dato’ Dr. Rusdi bin Abd Rahman, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang. Pegawai Kesihatan Daerah Pekan dan Pakar Perubatan Keluarga dari Pejabat Kesihatan Daerah Pekan turut terlibat, bersama dengan jururawat pelatih (Posbasik) dari Kolej Kejururawatan, ILKKM Cawangan Kuantan.

Lawatan ini melibatkan beberapa rumah pesakit di Kampung Permatang Pauh dan Kampung Parit Tengan, di mana YB Menteri sempat melawat empat rumah pesakit. Pasukan kesihatan yang terdiri daripada pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat, jururawat pelatih, pegawai farmasi, jurupulih fisioterapi dan jurupulih carakerja.

Pesakit yang dilawati terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk lelaki, wanita, kanak-kanak, dan warga emas. Aktiviti semasa lawatan ini meliputi pemeriksaan dan pendidikan kesihatan, semakan ubat-ubatan (Home Medication Review - HMR), perkhidmatan fisioterapi dan rehabilitasi, serta perkhidmatan pemulihan carakerja kepada pesakit dan ahli keluarga mereka.

Di akhir lawatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyampaikan buah tangan kepada pesakit sebagai tanda penghargaan sempena Program ini.

image image image image

 


Kemaskini pada 2024-10-21 11:32:53 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page