MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) DAN MADANI AFIAT PERINGKAT NEGERI PAHANG

19 Oktober 2024- Majlis Perasmian Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Madani Afiat Peringkat Negeri Pahang telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan. Program telah berlangsung di Dataran Bandar Diraja Pekan, Pahang.

Pelbagai anugerah telah disampaikan termasuk Pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS), Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), serta anugerah komuniti dan kesihatan lain.

Program ini turut menawarkan aktiviti untuk masyarakat Pahang seperti Zon Saring dengan perkhidmatan kesihatan percuma, Zon Interaktif pameran kesihatan, serta acara seperti Subuh Warrior, Fun Run dan Fun Walk. Lebih 2,000 peserta menyertai Fun Run dan Fun Walk, dengan penyertaan Menteri Kesihatan bersama anak-anak PDK dan warga emas.

Acara juga dimeriahkan dengan lawatan rumah ke rumah, persembahan kesenian dan demonstrasi CPR, serta slot khas bersama personaliti Amin Idris yang mengupas isu kesihatan mental.

Pahangfm sebagai penyiar rasmi, mengadakan slot DJ Corner dan konsert pada 19 Oktober, menampilkan artis seperti Tam Spider dan Umai. Program turut disertai gerai jualan rahmah, agro madani, serta pelbagai food truck.

Turut hadir YB Dato' Ir. Razali bin Kassim, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB Dato' Mohd Nizar bin Dato' Sri Mohammad Najib, Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, YB Tuan Mohd Fadzli bin Mohd Ramly, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang, YB Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali, Ahli Parlimen Pekan, YBhg Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM, YBhg Datuk Dr Rusdi bin Abd Rahman, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, YH Dato' Zaliza bin Zulkipli, Pegawai Daerah Pekan, Pegawai - Pegawai Kanan Kerajaan Persekutuan dan Negeri

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-10-21 11:37:32 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page