MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PROGRAM WALKABOUT PREMIS BERSIH, BEBAS ASAP (BEBAS) DAN OPERASI MEGA BERSEPADU PENGUATKUASAAN AKTA 852 PERINGKAT KEBANGSAAN DI KUANTAN, PAHANG.

19 Oktober 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, telah menghadiri Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) yang dilaksanakan serentak dengan Operasi Mega Bersepadu Penguatkuasaan Akta 852 Peringkat Kebangsaan di Kuantan, Pahang.

Operasi Mega Bersepadu telah dilaksanakan di seluruh Negeri Pahang yang berlangsung selama 3 hari iaitu bermula 17 Oktober sehingga 19 Okt 2024 yang turut melibatkan beberapa agensi lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) dan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK). Ini menunjukkan semangat solidariti dan pendekatan “Whole of Government Approach” dalam menguatkuasakan Akta 852.

Dalam program hari ini, YB Menteri Kesihatan telah menghadiri sesi townhall melibatkan pengusaha dan rakan strategik di Menara Kuantan 188 seterusnya menjalankan Walkabout Operasi Mega Akta 852 yang dimulakan dengan kedai serbaneka yang menjual produk merokok di kedai yang berhampiran. YB Menteri Kesihatan telah menyerahkan serta menampal tanda larangan penjualan produk merokok kepada OBD yang merupakan salah satu keperluan dalam perundangan Akta 852.

Turut hadir, YB Dato’ Ir Razali bin Kassim, Exco Kesihatan Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Yang Dihormati, Komisioner Polis, Dato’ Sri Yahaya bin Othman, Ketua Polis Pahang, YBhg. Datuk Dr. Rusdi bin Abd Rahman, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, YBrs. Ts. Mahamad Sukor Senapi, Pengarah Pematuhan Domestik, Program Keselamatan dan Kualit Makanan, YBrs. Encik Eizwan Mizani bin Adzmi, Pengarah Bahagian Pelesenan, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara bersama YBrs. Tuan Afandi bin Zakaria, Penolong Kanan Pengarah Kastam II.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

 

 

 

image image image
image image image
image image image

 

 


Kemaskini pada 2024-10-21 11:55:43 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page