MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PROGRAM MADANI RAKYAT 2024 SAYANGI SABAH DI PERKARANGAN STADIUM LIKAS, SABAH.

19 Oktober 2024- YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah menyempurnakan Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah di perkarangan Stadium Likas, Sabah.

Sabah dipilih sebagai lokasi penutup Program Madani Rakyat 2024 setelah ianya dilaksanakan secara jelajah di 5 buah zon seluruh negara. Pelaksanaan program ini melibatkan kolaborasi strategik Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selaku Kementerian Peneraju serta kerajaan Negeri Sabah. Sebelum Ini Program Madani Rakyat 2024 Zon Sarawak diadakan di Miri.

Program ini membuka ruang dan peluang untuk rakyat menilai dan memahami dasar-dasar Kerajaan dan segala program pembangunan, disamping memanfaatkan pelbagai kemudahan yang disediakan untuk rakyat jelata dan golongan akar umbi.

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah yang telah berlangsung dari 18 Oktober 2024 hingga 20 Oktober 2024 dan dimeriahkan dengan pelbagai pameran, jualan dan aktiviti reruai. KKM juga turut menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan secara percuma selain perkhidmatan bergerak pergigian kepada pengunjung yang hadir di samping aktiviti-aktiviti tarikan pengunjung.

Reruai KKM diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah hadir sempena pelancaran Majlis Perasmian Program Madani Rakyat Zon Sabah 2024. Ketibaan YBhg. Dato’ Sri KSU telah disambut oleh YBhg. Datuk Dr. Asits bin Sanna, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Dr. Maria Suleiman, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (Bahagian Kesihatan Awam) bersama pengurusan tertinggi KKM yang lainnya.

YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, KSU KKM telah menyantuni warga kerja dan petugas di reruai KKM. Beliau turut menyapa mesra pengunjung yang menyertai aktiviti interaktif di reruai di samping beliau sendiri turut mencuba aktiviti tarikan pengunjung seperti Smart Trainer Bicycle Challenge dan juga Mini Soccer Ball.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-10-21 12:11:20 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page