MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS PERASMIAN SABAH INTERNATIONAL BLUE ECONOMY CONFERENCE (SIBEC) 2024

19 Oktober 2024- YBhg. Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menghadiri Majlis Perasmian Sabah International Blue Economy Conference (SIBEC) 2024 bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC).

Penganjuran SIBEC 2024 bertujuan untuk merintis langkah-langkah yang akan membawa kepada kemajuan negeri dan negara selaras dengan aspirasi dan matlamat Hala Tuju Sabah Maju Jaya. Selain itu, ia juga menjadi medan perkongsian pengetahuan, teknologi, perancangan inisiatif dan merangka pelan tindakan dalam usaha menarik pelabur dan pemain industri dari dalam atau luar negara yang berkait dalam sektor Ekonomi Biru.

Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ini turut menyaksikan kehadiran barisan pakar dan pengamal Ekonomi Biru dari dalam dan luar negara.

Persidangan antarabangsa ini merupakan anjuran Kerajaan Negeri Sabah melalui Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ), Jabatan Ketua Menteri (JKM).

image image image

Kemaskini pada 2024-10-21 12:15:42 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page