MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

ISTIADAT KONVOKESYEN ILKKM ZON SEMENANJUNG (SIDANG KETIGA)

20 Oktober 2024- Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKMM) 2024 Zon Semenanjung (Sidang Ketiga) diserikan lagi dengan kehadiran YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan.

Istiadat Konvokesyen pada sidang ketiga menyaksikan seramai 690 graduan dari pelbagai bidang Kesihatan menerima skrol. Konvokesyen kali ini melibatkan 19 buah ILKKM yang mengendalikan latihan bagi 61 program iaitu 2 program Sijil, 9 program Diploma, 1 program Diploma Peralihan, 20 program Sijil Pos Basik dan 29 program Diploma Lanjutan.

Secara keseluruhan, seramai 5253 Graduan telah dan akan dianugerahkan dari pelbagai program. Istiadat Konvokesyen Zon Sarawak telah berlangsung dengan jayanya pada 5hb Oktober, diikuti Zon Sabah pada 12 Oktober dan akhir sekali di Zon Semenanjun pada 19 dan 20 Oktober 2024. Jumlah graduan di Zon Semenanjung adalah seramai 4141 orang. Bagi Anugerah Pencapaian Cemerlang Graduan, seramai 87 pelatih dipilih untuk kategori cemerlang akedemik dan 4 pelatih dipilih untuk kategori cemerlang kokurikulum.

Dalam ucapan YB Menteri Kesihatan, beliau mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Menteri Kewangan II, dan pasukan Belanjawan 2025 kerana menyediakan belanjawan yang komprehensif untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sebanyak RM1.5 billion akan digunakan untuk membaik pulih dan menaiktaraf fasiliti kesihatan yang sudah uzur, termasuk ILKKM. YB Menteri Kesihatan turut merakamkan terima kasih kepada para pengajar dan warga ILKKM yang telah membimbing graduan, serta kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak berkorban untuk memastikan kejayaan mereka.

Turut hadir Puan Norhaliza binti A. Halim, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi), YBrs Dr. Feisul Idzwan bin Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri Perak, YBrs Dr. Ismuni bin Bohari, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah dan YBrs Puan Emillia Rosnizar binti Ahmad Hanipiah, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Latihan.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-10-21 12:25:23 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page