MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MESYUARAT KHAS KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BERSAMA JABATAN KERJA RAYA (JKR) SABAH

20 Oktober 2024- YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan mengambil tindakan dan menambah baik pemantauan projek-projek pembangunan fasiliti kesihatan di negeri Sabah.

KKM komited untuk memastikan projek-projek pembangunan yang telah dirancang dilaksanakan dengan lancar serta sentiasa proaktif dalam mengenal pasti isu-isu pelaksanaan projek agar ianya tidak tergendala dan rakyat dapat menikmati perkhidmatan kesihatan secara optimum.

YBhg. Dato’ Sri KSU juga turut mengadakan lawatan pemantauan projek menaik taraf bangunan dan pemasangan baharu Sistem Pencegahan Kebakaran di Klinik Kesihatan Penampang, tapak projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) dengan kuarters Penampang dan lawatan tapak cadangan projek pembinaan baharu Hospital Penampang.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image

Kemaskini pada 2024-10-21 13:18:59 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page