MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

SESI DISKUSI MEJA BULAT MENGENAI PENGURANGAN KEMUDARATAN UNTUK KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT

23 Oktober 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan menghadiri sesi Diskusi Meja Bulat mengenai Pengurangan Kemudaratan untuk Kawalan dan Pencegahan Penyakit bagi menekankan keperluan mendesak dalam memperluaskan strategi pengurangan kemudaratan anjuran Harm Reduction Action Network (HaRAN) bersama Humanize Malaysia dan DM Analytics. Diskusi ini memberi fokus kepada usaha pengurangan kemudaratan dalam bidang HIV/AIDS, penggunaan tembakau dan diet tidak sihat sebagai langkah mengurangkan cabaran kesihatan awam.

Selain itu, diskusi ini menekankan pengurangan kemudaratan sebagai pendekatan pragmatik untuk menangani tingkah laku seperti ketagihan dan gaya hidup tidak sihat. Tingkah laku ini sering disebabkan oleh faktor psikologi dan sosial. Pendekatan ini membolehkan individu mengurus risiko dan mengurangkan kemudaratan secara perlahan, tanpa perlu menghentikan tingkah laku berisiko secara tiba-tiba. Ini penting untuk mencegah masalah kesihatan yang lebih serius di masa depan.

Pengurangan kemudaratan bukanlah konsep baru di Malaysia. Pendekatan ini telah menjadi asas strategi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memerangi penularan HIV, terutamanya di kalangan pengguna dadah suntikan.

Program ini telah mencapai kejayaan yang signifikan dan diiktiraf sebagai salah satu amalan terbaik di Asia. Inisiatif ini tidak hanya membantu mengurangkan penyebaran HIV, tetapi juga meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan komuniti yang terlibat.

Turut hadir, YBrs Dr Anita Suleiman, Presiden Harm Reduction Action Network, YBhg Dato’ Indera Dr. Sha’ari Ngadiman, Timbalan Presiden Harm Reduction Action Network, YBrs. Dr. Natalia Che Ishak, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM dan YBrs. En. Jasmin Jalil, Pengarah Eksekutif, Yayasan AIDS Malaysia, Majlis AIDS Malaysia.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-10-24 10:51:36 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page