23 Oktober 2024- Menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas perkenan menerima mengadap YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan.
YB Menteri Kesihatan telah menyembah maklum mengenai beberapa inisiatif KKM, termasuk MIH Megatrends 2024 yang bakal dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
YB Menteri Kesihatan telah diriingi oleh YBhg. Dato’ Sri Suriani Binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM dan Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), KKM.
Kemaskini pada 2024-10-24 10:55:31 daripada UKK Norhanita