23 Oktober 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menerima kunjungan daripada delegasi Microsoft Malaysia yang diketuai oleh Encik Laurence Si, Pengarah Urusan. Sesi kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan kepentingan dan kemajuan semasa pendigitalan yang mendayakan fasiliti kesihatan, terutamanya yang berada di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Buat masa kini, pendigitalan telah berjaya dilaksanakan di 22 hospital, 200 klinik kesihatan dan 53 klinik pergigian KKM seluruh negara.
KKM menyambut baik usaha gergasi industri teknologi seperti Microsoft yang berkongsi aspirasi untuk mendigitalkan sektor kesihatan sepenuhnya.
YB Menteri Kesihatan juga menyatakan usaha bersama melalui pendekatan seluruh negara adalah amat diperlukan bagi menambah kecekapan, mengurangkan kos serta menambah baik penyampaian perkhidmatan kesihatan.
Kemaskini pada 2024-10-24 10:59:56 daripada UKK Norhanita