MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS ULANG TAHUN KE-10 TALENT GROOMING PROGRAMME FOR HEALTHCARE TECHNICAL PROFESSIONALS (TGP) DAN TGP INTERNATIONAL LEADERSHIP PODIUM KALI KE 21 DI INSTITUT KESIHATAN NEGARA (NIH) SETIA ALAM.

24 Oktober 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan hadir meraikan Majlis Ulang Tahun ke-10 Talent Grooming Programme for Healthcare Technical Professionals (TGP) dan TGP International Leadership Podium kali ke 21 di Institut Kesihatan Negara (NIH) Setia Alam.

TGP merupakan inisiatif pembangunan bakat kepimpinan yang ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 2014 untuk memupuk generasi peneraju penjagaan kesihatan yang akan datang.

Sejak tahun 2014, TGP telah melahirkan 245 bakat melalui 14 pengambilan kohort, menawarkan lebih 80 kursus dan 20 sesi kepimpinan.

Bertemakan “A Decade of Excellence: Inspiring Tomorrow's Leaders Today”, majlis pada hari ini menandakan satu dekad kecemerlangan dalam membangunkan pemimpin kesihatan masa depan.

Majlis menyaksikan penyampaian sijil oleh YB Menteri Kesihatan 85 penerima bakat TGP baharu.

Dalam ucapan, beliau turut berbangga dengan pengiktirafan TGP sebagai penerima Anugerah Inovasi Pentadbiran 2016 dan finalis Anugerah Inovasi Perdana Menteri pada 2017.

Turut hadir YBhg. Datuk Dr Nor Fariza binti Ngah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal ), YBrs. Dr Murizal Zainol, Pengurus NIH dan YBrs. Dr Noraziani binti Khamis, Pengarah Institut Pengurusan Kesihatan (IPK).

image image image image

 


Kemaskini pada 2024-10-25 15:04:53 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page