MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PERSIDANGAN MALAYSIA INTERNATIONAL HEALTH (MIH) MEGATRENDS 2024 DI PUSAT KONVENSYEN KUALA LUMPUR (KLCC).

25 Oktober 2024- YBhg. Dato' Sri Suriani Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan telah menyampaikan ucapan aluan sempena upacara pembukaan Persidangan Malaysia International Health (MIH) Megatrends 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

MIH Megatrends 2024 akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga 27 Oktober 2024 yang menghimpunkan pelbagai pihak dari sektor kesihatan tempatan dan antarabangsa. Persidangan MIH Megatrends 2024 bertujuan untuk menjadi persidangan perubatan yang terunggul dalam usaha mempergiat perhimpunan bagi pengamal perubatan dan profesional berkaitan di Malaysia dan peringkat antarabangsa.

YBhg. Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad dalam ucapan beliau telah menyatakan harapan agar persidangan ini akan membuka jaringan akses perkhidmatan kesihatan yang lebih luas di dalam serta di luar negara dan mampu meletakkan Malaysia sebagai negara yang mampu menerajui advokasi teknologi perubatan sekaligus meningkatkan kedudukan ekonomi Malaysia di peringkat global.

Persidangan MIH Megatrends 2024 bertumpu trend utama dan transformasi yang membentuk masa depan kesihatan dan perkhidmatan kesihatan di peringkat global merangkumi Digital Health and Telemedicine, Precision Medicine and Genomics, Aging Population and Longevity, Mental Health Awareness and Support, Health Equity and Access to Care, Health Data and Artificial Intelligence, Healthcare Policy and Regulations, Sustainable Healthcare Practices.

Turut hadir, YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, YBhg. Tan Sri Dato' Sri Dr. Ismail Bakar Pengerusi, KPJ Healthcare, YBhg. Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, serta YBrs. Chin Keat Chyuan, Presiden & Pengarah Urusan KPJ Healthcare.

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-10-25 15:13:54 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page