MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS SAMBUTAN HARI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSH) PERINGKAT IBU PEJABAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (IPKKM) BAGI TAHUN 2024.

25 Oktober 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) Peringkat Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM) bagi tahun 2024.

Terdapat sembilan (9) Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (JKK) di bawah IPKKM yang ditubuhkan mengikut Seksyen 30 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514] berkaitan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan, serta Seksyen 31 berkaitan Fungsi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan.

Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu telah dinobatkan hari ini sebagai JKK Blok IPKKM Terbaik 2023. Penganugerahan JKK terbaik ini adalah satu bentuk dorongan untuk meningkatkan komitmen terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Menteri Kesihatan juga turut menyaksikan Sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah dimeterai antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diwakili oleh YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dengan AEON Co. (M) Bhd yang diwakili oleh Puan Hamiza binti Othman, Pengurus Besar Bahagian Operasi Jabatan Sumber Manusia.

Melalui MoU yang dimeterai ini, aktiviti saringan kesihatan bagi penyakit tidak berjangkit akan dilaksanakan di 178 cawangan AEON Co. (M) Bhd. di seluruh negara, dengan melibatkan 9,469 orang pekerja. Mereka yang dikesan mengalami masalah NCD akan dirujuk untuk rawatan lanjut.

Penglibatan pihak AEON yang telah menerajui aktiviti KOSPEN WOW (Wellness of Workers) di bawah Program Kesihatan Awam adalah satu contoh pendekatan seluruh-masyarakat (whole-of-society) yang amat dialu-alukan oleh KKM dalam memastikan kesihatan pekerja berada pada tahap yang optimum.

Turut hadir YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM dan YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-10-28 11:51:00 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page