MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS PERASMIAN MALAYSIA INTERNATIONAL HEALTHCARE (MIH) MEGATRENDS 2024 DI PUSAT KONVENSYEN KUALA LUMPUR (KLCC)

26 Oktober 2024- Majlis perasmian Malaysia International Healthcare (MIH) Megatrends 2024 telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke XVII Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat mencemar duli bagi menyempurnakan perasmian MIH Megatrends 2024 diiringi oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dan YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi.

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dalam ucapan beliau telah menyatakan bahawa penjagaan kesihatan yang boleh diakses, berpatutan dan saksama adalah penting untuk menjamin kelestarian ekonomi melibatkan rangkaian profesional penjagaan kesihatan, syarikat farmaseutikal, pengeluar peranti perubatan dan penyelesaian kesihatan digital.

Beliau turut menekankan bahawa MIH Megatrends 2024 merupakan platform yang berdaya tahan untuk rangkaian dalam kalangan pakar terkemuka dan inovator industri kesihatan. Perkongsian antara KKM dan KPJ Healthcare menunjukkan kerjasama yang diperlukan untuk memajukan sistem penjagaan kesihatan negara.

MIH Megatrends 2024 menawarkan pengalaman yang menarik untuk semua lapisan masyarakat termasuk penampilan istimewa pempengaruh kesihatan, demonstrasi produk terkini dan pendedahan tentang trend penjagaan kesihatan digital.

Turut hadir YB Dato Lukasniman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Dato' Suriani Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Encik Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, pegawai-pegawai kanan KKM serta tetamu jemputan.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-10-28 12:25:22 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page