MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN YB MENTERI KESIHATAN KE TAPAK PAMERAN MALAYSIA INTERNATIONAL HEALTHCARE (MIH) MEGATRENDS 2024 DI PUSAT KONVENSYEN KUALA LUMPUR

26 Oktober 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah membuat lawatan ke tapak pameran Malaysia International Healthcare (MIH) Megatrends 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk bertemu dengan pempamer yang terdiri daripada pihak industri peneraju dan penyedia perkhidmatan dan produk yang menyertai acara berkenaan.

Semasa lawatan berkenaan YB Menteri Kesihatan telah berpeluang mendengar penerangan daripada wakil pempamer dan pihak industri yang menyediakan peralatan kesihatan berteknologi tinggi dalam industri Kesihatan. Antara syarikat yang menyertai pameran MIH2024 pada kali ini ialah KPJ Fomema, Medivest, Phama, Raf Synergy, Netspere, Quantum Medical Solutions, Protechhealth Digitilisation, Mun Global dan Moh Innovation Tuberculosis Watch.

YB Menteri Kesihatan turut melawat reruai di Hall 7 yang terdiri daripada syarikat penyedia telekomunikasi negara seperti Celcomdigi Berhad, MCMC, Measat dan reruai jabatan dan agensi Kerajaan yang terlibat.

Turut serta YBhg. Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan); YBrs. Encik Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad serta pegawai-pegawai kanan KKM dan pegawai-pegawai kanan KPJ.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-10-28 13:20:02 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page