MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS MAKAN MALAM MALAYSIA INTERNATIONAL HEALTHCARE (MIH) MEGATRENDS 2024 DI PUSAT KONVENSYEN KUALA LUMPUR (KLCC).

27 Oktober 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri Majlis Makan malam Malaysia International Healthcare (MIH) Megatrends 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

YB Menteri Kesihatan menyatakan dalam ucapan beliau bahawa MIH Megatrends 2024 ini telah menyatukan semua golongan sama ada pemimpin penjagaan kesihatan global, profesional, inovator dan penggubal dasar bagi meneroka kemajuan penjagaan kesihatan dan menjalin perkongsian dalam bidang penjagaan kesihatan dan juga teknologi dalam perubatan.

Sistem penjagaan kesihatan terus berkembang sejajar dengan peningkatan permintaan penjagaan kesihatan dan peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD). Justeru, Malaysia komited untuk membina sistem penjagaan kesihatan yang berdaya tahan dan inklusif berupaya menawarkan perlindungan kesihatan sejagat untuk semua. Dalam memastikan sistem penjagaan kesihatan yang mampan, transformasi daripada sick-care to health-care yang tertumpu kepada pencegahan.

Beliau turut menyatakan bagi merealisasikan transformasi dalam sistem penjagaan kesihatan, kemajuan teknologi dalam sistem perubatan sangat penting seperti artificial intelligence (AI), teleperubatan atau peranti kesihatan di mana teknologi sememangnya merevolusikan pendekatan terhadap penjagaan kesihatan.

Turut hadir YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Dato' Suriani Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Ismail Bakar, Pengerusi KPJ Healthcare, YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM dan YBrs. Encik Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare.

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-10-28 14:02:56 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page