27 Oktober 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyertai Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap atau ringkasnya “BeBAs” yang dijalankan serentak dengan Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Akta 852 Peringkat Negeri di Pulau Pinang di Kompleks Makanan Medan Renong dan Lebuh Light, Pulau Pinang.
Program Walkabout BeBAs di Pulau Pinang ini merupakan lokasi ke-sepuluh (10) sejak dilancarkan pada Februari 2024. Pada kali ini, sebanyak 46 premis makanan di sekitar Kompleks Makanan Medan Renong dan Lebuh Light telah diperiksa, di mana sebanyak 34 daripada premis makanan tersebut telah mendapat pengiktirafan “Bersih dan Selamat” (BeSS).
Program kali ini melibatkan lima (5) Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan tujuh (7) wakil persatuan peniaga, mencerminkan pendekatan menyeluruh dalam penguatkuasaan Akta 852 dan Akta Makanan 1983 serta peraturan-peraturan yang berkaitan.
Pada 25 Oktober 2024 yang lalu, operasi bersepadu untuk menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok [Akta 852] di Pulau Pinang melibatkan pelbagai kementerian dan agensi. Seramai 146 pegawai dan penguatkuasa dari Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia, Jabatan Kastam, Polis DiRaja Malaysia, dan Lembaga Kenaf dan Tembakau, bersama Majlis Bandaraya Seberang Perai, telah turun padang untuk menguatkuasakan akta ini di 284 premis, sambil memberikan nasihat tentang pelaksanaannya.
Turut hadir YB Tuan Gooi Zi Sen, EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan, merangkap Pengerusi PEMADAM Pulau Pinang, YBhg. Datuk Dr Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs, Ts. Norrani Eksan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) dan YBhg, Dato’ Dr. Fazilah Shaik Allaudin, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang.
Kemaskini pada 2024-10-28 14:46:15 daripada UKK Norhanita