MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

SESI PERBINCANGAN MEJA BULAT SEMPENA PROGRAM PREMIS BERSIH, BEBAS ASAP (BEBAS) DAN OPERASI MEGA BERSEPADU AKTA 852 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG DI GEORGETOWN.

27 Oktober 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menghadiri sesi perbincangan meja bulat sempena Program Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAS) dan Operasi Mega Bersepadu Akta 852 Peringkat Negeri Pulau Pinang di Georgetown.

YB Dato Lukanisman Awang Sauni dalam ucapannya menyeru agar inisiatif yang berkesan dapat dibincangkan bersama bagi mewujudkan premis yang bersih dan bebas daripada asap rokok serta melindungi kesihatan pengunjung dan pelanggan agar dapat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.

Beliau turut menyatakan bahawa Program Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAS) dan Operasi Mega Bersepadu Akta 852 Peringkat Negeri Pulau Pinang melibatkan lima Badan Bukan Kerajaan dan tujuh wakil Persatuan Peniaga dan merupakan lokasi ke-10 program walkabout semenjak dilancarkan pada Februari lalu.

Turut hadir, YB Tuan Gooi Zi Sen, EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan merangkap Pengerusi PEMADAM Pulau Pinang, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Ts. Norrani Eksan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Keselamatan dan Kualiti Makanan), dan YBhg. Dato’ Dr. Fazilah Shaik Allaudin, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-10-28 14:52:55 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page