MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PENGANJURAN ‘TRANSPLANT WALK’ DI TAMAN TASIK TITIWANGSA, KUALA LUMPUR, ANJURAN WIRA TRANSPLANT MALAYSIA.

27 Oktober 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyertai ‘Transplant Walk’ di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, anjuran Wira Transplant Malaysia.

Wira Transplant Malaysia didaftarkan pada tahun 2023 dan telah berjaya menganjurkan ‘Transplant Walk’ pada setiap bulan di sekitar Kuala Lumpur (Titiwangsa), Pulau Pinang dan Sabah (Kota Kinabalu).

Bertemakan ‘Warisku Hormati Ikrarku’, penganjuran program ini merupakan satu inisiatif penting untuk membolehkan orang ramai dekat dan berempati terhadap mesej yang ingin disampaikan iaitu untuk memberi kesedaran tentang pendermaan organ dan ke arah meningkatkan kadar derma organ di Malaysia.

Tahun hadapan, Malaysia bakal menyambut ulang tahun ke-50 transplan pertama organ buah pinggang, yang dijalankan di Hospital Kuala Lumpur. Penerima organ, yang didermakan dari Sarawak, berjaya hidup selama 32 tahun lagi pasca pembedahan tanpa memerlukan hemodialisis sepanjang hayat. Oleh itu, KKM komited untuk meneruskan kecemerlangan ini menerusi amalan dan teknologi yang kian maju.

Jom daftar, jadilah pengikrar penderma organ! Ikrar anda boleh dibuat seperti berikut:

(1) MANUAL - Mengisi borang pendaftaran pengikar penderma organ yang boleh didapati di semua fasiliti KKM, ataupun di kempen-kempen anjuran Pusat Sumber Transplan.

(2) EMEL - Boleh dibuat dengan menghantar email kepada ntrc@moh.gov.my

(3) DALAM TALIAN - Melalui aplikasi MySejahtera di telefon anda.

Ayuh ikrar hari ini! Derma organ, selamatkan nyawa, hidup sejahtera imageimageimage

#KKMPrihatin 

#KKMSihat

#WariskuHormatiIkrarku

#MalaysiaMADANI

image image image image

 


Kemaskini pada 2024-10-28 15:06:37 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page