MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

SESI TAKLIMAT DAN PELANCARAN DAPATAN TINJAUAN KESIHATAN ORANG ASLI (OAHS) 2022 KEPADA AHLI-AHLI PARLIMEN DAN WAKIL MEDIA DI PARLIMEN, KUALA LUMPUR.

28 Oktober 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan hadir ke Sesi Taklimat dan Pelancaran Dapatan Tinjauan Kesihatan Orang Asli (OAHS) 2022 kepada ahli-ahli Parlimen dan wakil media di Parlimen, Kuala Lumpur.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Institut Kesihatan Umum (IKU) telah menjayakan OAHS 2022 bagi menambahbaik perkhidmatan kesihatan yang diberikan kepada lebih 200 ribu Orang Asli di Semenanjung Malaysia.

Berdasarkan tinjauan ini, KKM mendapati jurang tahap kesihatan yang ketara di antara Orang Asli dan populasi Umum Malaysia khususnya di kawasan pedalaman.

Bagi menangani masalah ini, dua (2) Jawatankuasa Kerja peringkat Kementerian akan ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Pemandu Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli dan Jawatankuasa Teknikal Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli.

Jawatankuasa ini akan merangka strategi dan intervensi bagi mengurangkan jurang penentu sosial kesihatan (SDH) Orang Asli melalui peningkatan status sosial, ekonomi dan pendidikan agar tahap kesihatan Orang Asli setara dengan masyarakat arus perdana.

KKM akan terus komited berusaha untuk memastikan tahap kesihatan masyarakat Orang Asli setara dengan populasi umum melalui pengukuhan pelbagai strategi sedia ada serta merancang inisiatif baharu mengikut keperluan.

Kerjasama dari pelbagai kementerian dan agensi juga amat penting untuk melangkah maju kehadapan dalam memastikan rancangan-rancangan yang dirangka dapat dilaksanakan dan objektif yang disasarkan dapat dicapai.

Turut hadir YB Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor, Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, YB Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Pengerusi Backbenchers Kerajaan, YB Tuan Suhaizan Kajat, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Parlimen, YBrs. Tuan Haji Mohd Zamri bin Mustajab, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan JAKOA, YBhg. Datuk Dr Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal) KKM, YBrs. Dr Noor Ani binti Ahmad, Pengarah IKU KKM dan YBrs. Dr Zulhizzam bin Hj. Abdullah, Pengarah Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, KKM.

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-10-29 10:24:40 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page