MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

BENGKEL TRANSFORMASI PERKHIDMATAN PATOLOGI KEBANGSAAN 2024.

28 Oktober 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan Bengkel Transformasi Perkhidmatan Patologi Kebangsaan 2024.

Perkhidmatan patologi di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merangkumi pelbagai disiplin makmal yang menyediakan ujian diagnostik dan perundingan untuk membantu dalam diagnosa dan pemantauan pesakit.

Bengkel yang diadakan selama tiga (3) hari dari 28 hingga 30 Oktober anjuran Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), disertai oleh 50 orang peserta yang meliputi Pakar Perunding Patologi daripada pelbagai disiplin iaitu histopatologi, hematologi, patologi kimia dan mikrobiologi dan imunologi perubatan dari Institut Penyelidikan Perubatan serta hospital-hospital seluruh negara, Pegawai Sains dan Pakar Kesihatan Awam dari Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan serta Pakar Perubatan Keluarga dari klinik-klinik kesihatan seluruh negara.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Nor Fariza Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), YBrs. Dr. Tengku Norita Tengku Yazid, Ketua Perkhidmatan Patologi, KKM dan YBrs. Dr. Ami Fazlin Syed Mohamed, Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-10-29 10:38:50 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page