MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

WALKABOUT KHAS OPERASI PENGUATKUASAAN AKTA 852 DI PUTRAJAYA

28 Oktober 2024- YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, telah menyertai Walkabout Khas Operasi Penguatkuasaan Akta 852 di sekitar Putrajaya.

Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, bersama Pejabat Kesihatan Putrajaya, telah melaksanakan Operasi Walkabout Khas bagi penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Akta 852) di sekitar Presint 15, Putrajaya.

Operasi ini bertujuan memastikan pematuhan terhadap larangan promosi, pengiklanan, dan tajaan, serta kawalan penjualan dan penggunaan produk merokok, terutamanya rokok elektronik atau vape, di kalangan golongan belia dan di kawasan larangan merokok. Penguatkuasaan Pendidikan juga telah diberikan kepada pengusaha dan pekerja kedai yang menjual produk rokok dan vape serta kedai serbaneka.

Hari ini, lebih 30 premis telah diperiksa, dan 5 sesi penguatkuasaan pendidikan telah diadakan untuk pemilik atau wakil premis, disertai dengan pengedaran 60 poster berkaitan Akta 852. Diharapkan, hasil daripada operasi ini, pemilik perniagaan yang terlibat dalam perniagaan menjual rokok elektronik atau vape akan mematuhi semua peraturan mengenai larangan promosi, pengiklanan, dan kawalan produk merokok, serta berkolaborasi dengan agensi berkaitan dalam pelaksanaan operasi ini.

Turut hadir YBrs. Dr Noraryana binti Hassan, Timbalan Pengarah (Penyakit Tidak Berjangkit) KKM dan Ts. Mohamad Ridzuan bin Mohamad Salleh, Ketua Sektor Inspektorat dan Perundangan, Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, KKM.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-10-29 11:03:17 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page