29 Oktober 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah hadir ke Majlis Soft Launch Sea Care di Kuala Lumpur.
SEACare adalah Pameran Kesihatan & Farmaseutikal Asia Tenggara tahunan yang menghubungkan profesional kesihatan dan industri farmaseutikal. Acara ini membantu membina kerjasama, mempamerkan inovasi baru, dan memudahkan perbincangan penting. Melalui pelbagai pameran, sesi perkongsian pengetahuan, padanan perniagaan dan perbincangan perdagangan dan menawarkan peluang jaringan yang baik antara pengeluar, pengedar dan pembuat keputusan dalam dan luar negara.
SEACare 2025 dijangka menarik 15,000 pengunjung dan 500 pempamer, termasuk profesional, inovator dan pemimpin dalam industri.
Turut hadir, YBrs Encik Richard Teo, Pengerusi Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd. YBhg. Datuk Mohd. Mustafa Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) dan YBrs. Puan Norhaliza A. Halim, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi), KKM.
Kemaskini pada 2024-10-30 11:09:19 daripada UKK Norhanita