MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

SAMBUTAN BULAN KESEDARAN KESIHATAN LELAKI PERINGKAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) TAHUN 2024 DI PUTRAJAYA.

5 November 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan Sambutan Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Tahun 2024 di Putrajaya.

Bertemakan ‘Peduli Diri, Lelaki Afiat’, sambutan kali ini memberi tumpuan kepada usaha mempromosikanY amalan hidup sihat serta memperkasa golongan lelaki dalam kawalan kendiri mereka. Isu kesihatan lelaki secara keseluruhan masih kurang mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat.

Pada tahun 2023, purata jangka hayat lelaki adalah 72.5 tahun, berbanding 77.4 tahun bagi wanita. Penyakit kardiovaskular menjadi punca kematian utama dalam kalangan lelaki, mencatatkan sebanyak 34.9 peratus, diikuti oleh kanser (13.5%) dan penyakit paru-paru kronik (4.7%) pada tahun 2021.

Malaysia adalah salah satu daripada tujuh negara di dunia yang mempunyai Pelan Tindakan Kesihatan Lelaki Kebangsaan (2019-2023). Antara fokus utama yang digariskan dalam pelan tindakan ini adalah penyakit pembengkakan kelenjar prostat, kanser prostat, disfungsi erektil, kesihatan mental, faktor risiko penyakit kardiovaskular serta kemalangan atau trauma kenderaan bermotor.

Bagi memperkukuhkan kelestarian perkhidmatan kesihatan lelaki di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia kini sedang melaksanakan semakan semula Pelan Tindakan Kesihatan Lelaki 2019-2023. Selain itu, pelan ini akan terus menyokong dan meneruskan rangka kerja yang telah dirancang untuk menangani peningkatan ketara isu kesihatan lelaki di negara ini.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBrs. Puan Norhaliza A. Halim, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi).

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image image

 


Kemaskini pada 2024-11-11 11:38:20 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page