5 November 2024- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Hospital Cyberjaya telah menganjurkan Sesi Committee Meeting Rakan MOH yang dipengerusikan bersama oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dan YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II Hospital Cyberjaya. Antara perkara yang dibincangkan dalam sesi ini adalah hala tuju dan perancangan pasukan Health Transformation Office (HTO) yang diterajui oleh Dr. Yap Wei Aun, Ketua Pegawai Eksekutif HTO selaras dengan pengumuman YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri mengenai Ikhtiar Rakan KKM ketika pembentangan Belanjawan 2025.
Melalui sesi ini semua ahli mesyuarat telah melawat fasiliti dan kemudahan yang disediakan di Wad Kelas 1 yang mempunyai potensi untuk dioperasikan mengikut landas objektif Rakan MOH dengan taklimat lawatan diketuai oleh YBrs. Dr. Shahabuddin bin Ibrahim, Pengarah Hospital Cyberjaya.
Turut hadir YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) , YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dato’ Indera Dr. Nor Azimi Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) dan YBrs. Dr. Ummi Kalthom binti Shamsudin, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor.
Kemaskini pada 2024-11-11 14:26:41 daripada UKK Norhanita