MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PROGRAM KESEJAHTERAAN KESIHATAN BERSAMA AHLI PARLIMEN

6 November 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan hadir ke Program Kesejahteraan Kesihatan bersama Ahli Parlimen yang telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat di Parlimen.

Program mempromosikan inisiatif pembudayaan hidup sihat kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat berkenaan merangkumi Perkhidmatan Kesejahteraan Kesihatan Bergerak menerusi Wellness on Wheels (WoW), Inisiatif Perangi Gula (War on Sugar); dan Inisiatif 1,000 Hari Pertama Kehidupan (First 1,000 Days of Life).

Kesemua program berkenaan bertujuan menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat, termasuk pemakanan sihat serta kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan.

Majlis turut menyaksikan pengumuman oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat berkaitan Hari Tanpa Gula pada setiap hari Rabu di Parlimen dengan kerjasama KKM melalui Klinik Kesihatan Malaysia bermula 14 Oktober 2024 lalu.

Terdahulu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat juga telah mewajibkan Ahli-ahli Parlimen menjalani pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Parlimen.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut melancarkan Kempen ‘Jom Kosong’ yang menyasarkan pengusaha restoran untuk mengurangkan gula. Penglibatan dan sokongan semua pihak termasuk Ahli-ahli Parlimen adalah sangat diperlukan di dalam membantu memerangi masalah pengambilan gula berlebihan di peringkat akar umbi.

Turut hadir, YB Puan Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan dan YB Senator Puan Hajah Fuziah Binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN).

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-11-11 14:47:44 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page