MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

KONVENSYEN KAUNSELING SERANTAU ATAU REGIONAL COUNSELING CONVENTION 2024 (RISE 2024)

7 November 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Konvensyen Kaunseling Serantau atau Regional Counseling Convention 2024 (RISE 2024) yang dianjurkan oleh Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa (PERKAMA International) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Selaras dengan tema Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024 iaitu ‘Utamakan Kesihatan Mental di Tempat Kerja’, yang menggalakkan pewujudan persekitaran kerja yang sihat dan kondusif. Konvensyen ini diharap akan memberi manfaat kepada para peserta melalui pelbagai pembentangan, syarahan, bengkel dan perbincangan yang menampilkan pakar-pakar dari seluruh rantau ASEAN.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menubuhkan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Negara (NCEMH) pada tahun 2022. Pusat ini menyelaraskan perkhidmatan dan program kesihatan mental di sektor kerajaan dan bukan kerajaan; dengan tujuan untuk meningkatkan literasi dan aksesibiliti, serta mengurangkan stigma. Bagi memudahkan akses orang awam, perkhidmatan kesihatan mental dan kaunseling disediakan di klinik-klinik kesihatan dan hospital-hospital di seluruh Malaysia. Dalam usaha ini, seramai 200 pegawai psikologi dan kaunseling telah ditempatkan di Pejabat Kesihatan Daerah di seluruh negara.

Pada majlis yang sama, YB Menteri Kesihatan turut melancarkan buku bertajuk ‘Perkhidmatan Kaunseling Di Malaysia’ yang dihasilkan oleh pakar-pakar daripada PERKAMA International, yang diharapkan dapat menjadi sumber rujukan untuk para pengamal dalam bidang kaunseling dan juga orang awam.

Turut hadir YBhg Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali Pengerusi Kumpulan Pengurusan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan YBhg Dato’ Dr. Abd Halim Mohd Hussin, Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa (PERKAMA International).

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-11-11 14:57:37 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page