MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PROGRAM JOM SIHAT: SAYANGI PARU-PARU DI KOLEJ INSTITUT JANTUNG NEGARA, KUALA LUMPUR.

 

9 November 2024-YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan telah merasmikan Program Jom Sihat: Sayangi Paru-Paru di Kolej Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Program anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), Pertubuhan Ibu Bapa Mencegah Rokok dan Vape Kuala Lumpur (PAVAC), serta Kolej Institut Jantung Negara ini bertujuan untuk memberikan advokasi dan latihan kepada guru-guru, pasukan pergigian sekolah, dan sukarelawan komuniti mengenai kepentingan menjaga kesihatan paru-paru.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Kesihatan Paru-Paru yang dipelopori oleh YB Menteri Kesihatan selaras dengan Pelan Strategik Kebangsaan bagi Program Kawalan Kanser 2021-2025.

Program ini turut menyokong Pelan Strategik Kebangsaan Kesihatan Paru-Paru 2025-2030 yang sedang dirangka oleh KKM.

Bahan-bahan advokasi yang dilancarkan dalam program ini termasuk laman web JomSihat dan e-games Lari-Bob, bertujuan untuk menarik minat golongan muda, terutamanya pelajar sekolah dan universiti, mengenai bahaya penggunaan produk rokok dan vape.

Melalui kerjasama erat antara pelbagai pihak termasuk badan profesional, agensi kerajaan, NGO dan komuniti, program ini memberi impak yang besar dalam mencipta kesedaran tentang kesihatan paru-paru dalam kalangan masyarakat.

Turut hadir YBhg. Dato’ Omar Osman, Naib Yang Dipertua PEMADAM Kebangsaan, YBhg Dato’ Abdul Fattah Mahmood, Naib YDP PEMADAM Kebangsaan, YBrs. Dr. Fauziah Ahmad, Pengarah Dasar dan Perancangan Strategik Kesihatan Pergigian, YBrs Dr. Noraryana Hassan, Timbalan Pengarah (Penyakit Tidak Berjangkit), YBrs Cik Siti Norfiza Eryani Muslil, Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Sahsiah Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, YBrs Prof. Emerita Dr. Durrishah Idrus, Ketua Eksekutif Kolej Institut Jantung Negara, YBrs Prof. Madya Dr. Murallitharan Munisamy, Pengarah Urusan NCSM merangkap Pengerusi Sekretariat Jom Sihat: Sayangi Paru-Paru,YBrs Encik Mohd Rashdan Abd Rashid, Pengasas PAVAC dan YBrs Encik Mohd Shah Rizan Sazali, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-11-11 15:13:59 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page