MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

SEMINAR INTEGRITI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) TAHUN 2024 DI PUTRAJAYA.

14 November 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah merasmikan Seminar Integriti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Tahun 2024 di Putrajaya.

Hari Integriti Nasional disambut pada 5 November setiap tahun dan tahun 2024, tema yang telah dipilih adalah “Teguh Integriti, Kukuh Pertiwi”.

Dalam ucapan, beliau menyatakan bahawa nilai integriti adalah amat mustahak untuk disemat di dalam setiap jiwa warga kerja bagi mewujudkan sistem dan tata kelola yang lebih cekap, meninggalkan sistem yang lapuk dan melaksanakan usaha reformasi institusi secara berterusan untuk membanteras jenayah rasuah, iaitu musuh utama kepada pembangunan negara.

Majlis turut menyaksikan Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dipimpin oleh YBhg. Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM dan Majlis Menandatangani Sijil IBR oleh semua Pengurusan Tertinggi, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian, Pengarah JKN, Pengarah Institusi dan Pengarah Hospital.

Lafaz IBR yang merupakan tambahan kepada pelaksanaan integrity pact yang sebelum ini, adalah inisiatif pihak SPRM yang bertujuan meningkatkan iltizam setiap penjawat awam khususnya warga KKM untuk menjauhi jenayah rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

YB Menteri Kesihatan turut mengucapkan tahniah kepada Unit Integriti KKM atas pelaksanaan 14 program Pengukuhan Integriti yang memfokuskan kepada pemerkasaan integriti dan pemantapan tata kelola pengurusan di KKM melibatkan 7,923 warga KKM.

Turut hadir YBhg. Dato’ Azmi Kamaruzaman, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-11-15 10:12:34 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page