14 November 2024- YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merasmikan Kursus Hari Diabetes Sedunia di Hospital Putrajaya.
Bertemakan “Memperkasakan Kesihatan Sedunia”, majlis anjuran Unit Endokrinologi Jabatan Perubatan, Hospital Putrajaya ini diadakan bertujuan memberi pendedahan lanjut dalam penggunaan terapi insulin. Selain itu, para peserta dapat memahami prinsip-prinsip asas terapi insulin dan cara pengendalian dos insulin mengikut keperluan individu.
Seramai 220 peserta terlibat dalam kursus ini. Dalam majlis yang sama, YBhg. Dato’ Sri KSU turut melancarkan “2nd Edition Practical Guide Insulin Theraphy 2024” dan beliau telah dibawa melawat reruai pameran berkaitan diabetes dan amalan penjagaan kesihatan.
Turut hadir YBrs. Dr Muhammad Yusof Sibert, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya, YBrs. Dr Suraya Amir Husin, Pengarah Hospital Putrajaya dan YBrs. Datuk Dr Zanariah Hussein, Ketua Jabatan Perubatan Hospital Putrajaya.
Kemaskini pada 2024-11-15 10:26:13 daripada UKK Norhanita