MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PELANCARAN LAPORAN “PREVENTION AND CONTROL OF NON-COMMUNICABLE DISEASES IN MALAYSIA: THE CASE FOR INVESTMENT” DI PARLIMEN MALAYSIA.

14 November 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah melancarkan satu laporan “Prevention and Control of Non-communicable Diseases in Malaysia: The Case for Investment” di Parlimen Malaysia.

Laporan hasil kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan United Nations Interagency Task Force on NCDs ini memberi analisis berkaitan impak ekonomi akibat penyakit tidak berjangkit (NCD) di Malaysia serta mengenal pasti intervensi kesihatan awam yang menawarkan pulangan pelaburan terbaik untuk kesejahteraan jangka panjang.

Laporan ini memfokuskan kepada empat jenis penyakit tidak berjangkit utama iaitu penyakit kardiovaskular, kanser, diabetes dan penyakit respiratori kronik yang memberikan beban kewangan yang signifikan kepada individu dan negara.

Susulan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852], taklimat berkaitan Inisiatif Kesihatan Paru-paru Kebangsaan atau Lung Health Initiative Malaysia 2025 – 2030 turut diadakan.

Inisiatif Kesihatan Paru-paru Kebangsaan atau Lung Health Initiative Malaysia 2025 – 2030 adalah langkah menggabungkan kawalan kedua-dua penyakit berjangkit dan tidak berjangkit serta faktor risiko.

Integrasi ini akan menggabungkan usaha secara bersepadu melibatkan pelbagai sektor termasuk kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan dan badan profesional dalam melaksanakan setiap roadmap yang dicadangkan melalui pendekatan seluruh-negara (whole-of-nation).

Turut hadir YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Datuk Dr Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan Dr Rabindra Abeyasinghe, Wakil WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-11-15 10:43:06 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page