MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PROGRAM FUN DANCE DAN FUN WALK 10,000 LANGKAH SEMPENA JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA & PROGRAM MADANI AFIAT PERINGKAT WILAYAH SARAWAK

16 November 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah merasmikan Program Fun Dance dan Fun Walk 10,000 Langkah sempena Jelajah Agenda Nasional Malaysia & Program Madani Afiat Peringkat Wilayah Sarawak di Dataran Perayaan Petra Jaya, Kompleks Stadium Negeri, Kuching, Sarawak pagi tadi. Bermula seawal jam 6.30 pagi, ia dimulakan dengan sesi Fun Dance oleh Coach Qeemi dan KBS-I Goh, dua pempengaruh senaman yang terkenal di bumi kenyalang. Peserta bagi Fun Walk mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran hampir 4000 peserta yang berjalan sekitar Kawasan kompleks Sukan Negeri sejauh 5 km.

Program Fun Dance dan Fun Walk 10,000 Langkah diadakan sebagai inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Program ini bertujuan merealisasikan aspirasi kerajaan untuk membudayakan gaya hidup sihat melalui pendekatan “whole of nation.”

Pelbagai lapisan masyarakat dan golongan usia yang berbeza turut mengambil bahagian dalam memeriahkan majlis ini. Kehadiran yang begitu ramai menunjukkan kesedaran rakyat Sarawak terhadap kepentingan aktiviti senaman dalam menjaga kesihatan. Selain mempertingkatkan kecergasan, aktiviti ini juga menjadi wadah untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dan hubungan dalam komuniti, sekaligus menyokong usaha mencapai kesejahteraan fizikal dan mental masyarakat.

Turut hadir YBhg Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBrs Dr Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-11-20 14:04:36 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page