16 November 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan telah meluangkan masa untuk menyantuni beberapa orang pesakit yang memerlukan bantuan yang berada di sekitar Kuching.
Program Madani Afiat melibatkan aktiviti 'touch point' lawatan dari rumah ke rumah yang memberi tumpuan kepada saringan kesihatan serta usaha untuk menyantuni rakyat secara lebih dekat. Program ini turut melibatkan kerjasama dengan agensi kerajaan lain sebagai rakan strategik, bagi memastikan pemeliharaan kesihatan yang lebih baik dan menyeluruh.
YB Menteri turut memberikan sumbangan bagi meringankan beban keluarga pesakit dan memohon agar pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak terus memberikan bantuan kepada pesakit- pesakit berkenaan.
YB Menteri Kesihatan diiringi Dr Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak dan YBrs. Dr Azlee Bin Ayub Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan).
Kemaskini pada 2024-11-20 14:12:04 daripada UKK Norhanita