MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN KERJA RASMI YB MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL SENTOSA

16 November 2024- Program Agenda Nasional Malaysia Sihat dan Program Madani Afiat Peringkat Wilayah Sarawak diteruskan lagi dengan lawatan YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia ke Hospital Sentosa, Kuching.

Ditubuhkan pada 22hb Mei 1958 dengan nama Sarawak Mental Hospital dan dirasmikan oleh Sir Anthony Abell Governor Sarawak. Kemudian, pada 1 Ogos 1998 nama ditukar ke Hospital Sentosa oleh Tuan Yang Terutama, Gabenor Sarawak Datuk Patinggi Haji Ahmad Zaidi Adruce bin Mohd. Noor.

Dengan kapasiti katil sebanyak 338 katil yang berfungsi sebagai pusat rujukan utama untuk rawatan psikiatri di Negeri Sarawak termasuk rawatan pesakit luar, pesakit dalam, komuniti, forensik psikiatri, psiko-geriatrik, dan lain-lain. Antara perkhidmatan yang disediakan terbahagia kepada 2 Perkhidmatan iaitu Perkhidmatan Psikiatri dan Perkhidmatan Klinikal. Perkhidmatan Psikiatri Am meliputi (Pesakit Dalam, Pesakit Luar (Klinik temujanji dan ‘walk-in’), Komuniti Psikiatri), Psikiatri Forensik, Klinik Memori (bagi merawat pesakit Dementia), Psikologi Kaunseling, Psikologi Klinikal dan Penyelidikan Klinikal. Dan bagi Perkhidmatan Klinikal pula meliputi Pemulihan Carakerja, Pemulihan Anggota, Dietetik & Sajian, Farmasi, Makmal dan Kerja Sosial Perubatan.

YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, turut sempat meluangkan masa melawat dan menyantuni pesakit serta petugas-petugas kesihatan yang sentiasa komited dalam berkhidmat demi meningkatkan kualiti kesihatan awam negara.

Turut hadir YB Tuan Chong Chien Jen, Ahli Parlimen Stampin merangkap ADUN Padungan, YB Dr. Kelvin Yii Lee Wuen, Ahli Parlimen Bandar Kuching, YBhg Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg Datin Paduka Roslinah binti Md Jani, Setiausaha Bahagian Pembangunan KKM, YBrs Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak dan YBrs Dr. Rosliwati binti Md. Yusoff, Pengarah Hospital Sentosa Kuching.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-11-20 15:34:55 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page