MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN MINGGU KESEDARAN KERINTANGAN ANTIMIKROB (WAAW) 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN DI PUTRAJAYA.

19 November 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran sambutan Minggu Kesedaran Kerintangan Antimikrob (WAAW) 2024 Peringkat Kebangsaan di Putrajaya.

Program kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pelbagai rakan strategik ini bertujuan meningkatkan kesedaran profesional kesihatan dan masyarakat awam berkaitan ancaman serius AMR.

Bertemakan "Educate. Advocate. Act Now.", sambutan tahun ini menekankan kepentingan pendidikan, advokasi, dan tindakan segera dalam memerangi AMR.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan AMR sebagai salah satu daripada sepuluh ancaman utama kepada kesihatan global. Ia memberi impak serius terhadap kesihatan manusia, haiwan, dan alam sekitar. Jika tidak ditangani, AMR boleh menyebabkan kematian tambahan dan bebanan kos.

Malaysia turut mengambil langkah proaktif melalui Pelan Tindakan Kerintangan Antmikrob Kebangsaan (Malaysian Action Plan on Antimicrobial Resistance) 2022-2026 yang bertumpu kepada meningkatkan kesedaran dan pendidikan, memperkukuhkan aktiviti survelan dan penyelidikan, meningkatkan pencegahan dan kawalan infeksi, serta mempromosikan penggunaan antimikrob secara bertanggungjawab melalui kerjasama pelbagai sektor di bawah pendekatan ‘One Health’.

YB Menteri Kesihatan menyeru semua pihak termasuk petugas kesihatan, pembuat dasar, pemimpin komuniti, media dan masyarakat awam untuk berganding bahu dalam memerangi AMR.

Turut hadir, YBhg. Dato' Indera Dr. Nor Azimi Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM dan YBrs. Dr. Rabindra Abeyasinghe, wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-11-20 16:00:15 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page