MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) DI IBU PEJABAT KKM PUTRAJAYA.

20 November 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Ibu Pejabat KKM Putrajaya.

Majlis perhimpunan kali ini menyaksikan 3 slot pelancaran dan penganugerahan iaitu yang pertama, kempen “Tolak Ubat Tidak Sah (TOBaTS)” oleh YB Menteri Kesihatan.

TOBaTS merangkumi lima (5) komponen utama iaitu Ubat tidak berdaftar dengan KKM, Ubat Tiruan @ Kaunterfit, Ubat yang dicampur dengan bahan atau racun terlarang, Ubat yang diperoleh daripada sumber tidak sah dan Ubat yang diimport tanpa kelulusan KKM.

Selain itu, YB Menteri Kesihatan telah menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Anggota Pasukan Doktor Udara (PDU) yang terlibat dengan kemalangan helikopter pada 26 Oktober 2022 yang lalu.

PDU atau lebih dikenali sebagai Flying Express memberi perkhidmatan melibatkan 15 buah kampung Orang Asli pedalaman di negeri Perak, Pahang dan Kelantan yang sukar diakses melalui jalan darat atau air.

KKM amat menghargai pengorbanan dan komitmen anggota PDU dan kekal komited untuk memastikan masyarakat Orang Asli sihat dan sejahtera.

Manakala slot ketiga bagi perhimpunan hari ini ialah Pelancaran Buku Garis Panduan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Garis panduan ini telah dibangunkan selaras dengan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bilangan 1 Tahun 2022 keluaran MAMPU. Aspek-apek pelaksanaan EKSA di KKM telah ditambah baik, lebih komprehensif, holistik dan disesuaikan dengan demografik dan bidang tugas utama Kementerian.

Turut hadir YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Ketiausaha KKM, YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2024-11-22 11:24:17 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page